THE FOREIGNER
Aku dah planning lama nak tengok movie ni tapi asyik bertangguh. So, sabtu semalam aku pergi movie date with MLH. Kami pilih tayangan pukul 10.20 malam kat MBO. Full park malam tu tak seperti malam- malam selalu- agaknya disebabkan The Foreigner kot. Malam tu aku redeem point untuk satu tiket, dan satu tiket lagi bayar. MLH ni ada satu habit, dia tak boleh tengok movie tanpa kerepek kentang Lays. Nak dijadikan cerita, MLH beli Lays size besar dan kerepek kentang Tesco yang kecik untuk aku. Aku takde bawa bag pack ke hand bag, melainkan beg yang ada nama Cimb Bank. Agak risau juga aku, yelah camne nak menyeludup kerepek- kerepek tu dan aku tengok bukan main besar warning 'no outside food'.
Beberapa minit kami menunggu, akhirnya nombor hall kami pun dah menyala. Aku serah tiket kat MLH. Aku berdiri sebelah MLH dengan menyandang beg Cimb Bank. Mujur nasib baik malam tu, orang jaga tiket tu tak tengok pun aku bawa masuk beg tu. Dahlah time beli tiket, selamba aku buka beg tu depan cashier. Memang terang- terangan aku bawa outside food.
Okey, habis cerita tentang aku seludup masuk kerepek- kerepek tu. Sekarang aku nak ulas sedikit kisah movie yang dilakonkan oleh Jackie Chan ni. Kisah ni memaparkan kisah seorang lelaki cina bernama Quan yang kehilangan satu- satunya anak perempuannya akibat pengeboman berani mati. Kisah ini juga memaparkan bagaimana Quan berusaha mendapatkan keadilan ke atas kematian anaknya sehingga dia bertindak untuk mencari sendiri siapakah yang bertanggungjawab ke atas pengeboman tersebut. Kisah ini juga memaparkan golongan politik yang menggunakan kuasa untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dan kecurangan pasangan yang kronik. Bagaimana seorang ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan dan menjaga kepentingan peribadi sehingga mengorbankan isteri yang didapati mempunyai hubungan sulit dengan anak saudaranya sendiri. Quan yang mempunyai pengalaman dalam dunia tentera cukup pantas dan bijak menggunakan strategik untuk melawan pihak- pihak yang memburunya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kisah kasih sayang seorang ayah dan kehebatan lelaki tua dalam pertarungan, silakan menonton di panggung- panggung yang berdekatan. Untuk movie ni, aku bagi 5 stars sebab Jackie Chan bawa watak yang berbeza dari watak- watak sebelumnya dan aku kagum dengan kelincahannya dan masa yang sama membawa watak seorang lelaki tua yang menderita akibat kehilangan keluarganya.
Comments
Post a Comment