SPOUSE VISA, IMI JALAN DUTA
Seminggu yang lepas, my husband got his spouse visa after a month struggling to complete everything required documents. Kisah 'spouse visa' bermula di Imigresen Putrajaya. Aku dan MLH (my love hubby) pergilah menziarahi Imigresen Putrajaya. Kononnya nak tanya berkaitan borang yang diperlukan untuk permohonan spouse visa. Aku first time menjejakkan kaki di Imigresen Putrajaya pada hari itu agak terkejut melihat kesesakan yang berlaku kat Imigresen - ruang legar sampailah kawasan luar Imigresen dipenuhi dengan pendatang asing (rata- rata Bangladesh). Kitorang check dulu board yang ada kat tingkat bawah, nak cari which floor for visa matter. Aku dan MLH pergi ke tingkat 2 rasanya ke unit pas dan visa kalau tak silap. Boleh tahan ramai juga dalam unit tu dengan ruang pejabat yang sederhana besar.
Mula- mula, aku ambil nombor selepas saya bertanya kepada pegawai yang incharge nombor giliran. Tak sampai dalam masa 5 minit macam tu, nombor pun dipanggil. Aku ke kaunter yang diarahkan dan di sana ada seorang pegawai wanita yang menanti dengan senyuman. Aku pun mengutarakan pertanyaan tentang permohonan spouse visa kepada pegawai tersebut. Selepas berlaku soal jawab, pegawai tu mengarahkan aku buat permohonan di Imigresen Jalan Duta selepas 6 bulan tempoh perkahwinan ( waktu tu tempoh perkahwinan aku baru 4 bulan). Dengan hati yang kecewa, aku dan MLH meninggalkan Imigresen Putrajaya. Rupanya, Imigresen Putrajaya hanya mengambil permohonan visa dari warganegara China dan Afrika. Kepada sesiapa yang baru nak mohon, better you guys bertanya kat imigresen dahulu which is imigresen yang dipertanggungjawabkan untuk urusan korang.
Selang beberapa hari, kitorang pun pergi ke Imigresen Jalan Duta untuk mendapatkan senarai semak dan borang permohonan. Borang ni korang boleh minta kat kaunter nombor. Just bagitahu apa urusan yang korang nak buat, then pegawai yang bertugas akan berikan borang dan korang bolehlah bertanya macam- macam. A new info yang aku dapat dari pegawai di sana, permohonan kali pertama untuk spouse visa ni anytime you can submit. Tak macam Imigresen Putrajaya yang memerlukan tempoh perkahwinan at least 6 months.
Time nak hantar borang permohonan, korang sebaik- baiknya datang pada waktu pagi. Seperti biasa, ambil nombor selepas pegawai yang bertugas memeriksa dokumen yang kita nak hantar. Biasanya, pegawai akan meminta original passport pasangan. Kitorang terpaksa datang dua kali untuk proses penghantaran dokumen kerana pada waktu itu, student visa MLH still valid until November 2017. So, MLH perlu buat shorten visa melalui IPTA yang dia study - at least valid visa tu dalam sebulan ke seminggu untuk membolehkan pihak Imigresen proses spouse visa. IPTA yang handle untuk student visa MLH time tu ambil masa dalam dua minggu untuk urusan tersebut dan MLH dikenakan bayaran rm100.
Setelah settled shorten visa, kitorang sekali lagi ke Imigresen Jalan Duta untuk penghantaran dokumen. Sampai sahaja kat kaunter untuk submit permohonan, pegawai tu tanya sama ada borang kitorang ni dah kena check sebelum ni - maybe sebab dia tengok dah ada contengan kat check list dari pegawai yang mula- mula kitorang jumpa dulu. Selepas sesi penyemakan dilakukan, pegawai tu minta kitorang tunggu untuk nombor kitorang dipanggil semula. Agak lama juga nombor kitorang dipanggil untuk kali kedua, mungkin dalam sejam setengah rasanya. Apabila nombor kami dipanggil semula, pegawai tu berikan semula dokumen asal seperti passport, sijil nikah selain mencetak surat akuan penerimaan permohonan. Pegawai tu siap remind datang semula pada tarikh yang ditetapkan untuk bayaran. Pada waktu tu, aku rasa amat lega kerana macam- macam benda negatif muncul dan andaian kemungkinan permohonan ditolak. Tetapi semua sangkaan itu lenyap! FYI, sebelum submit aku siap tanya kawan- kawan yang ada pengalaman tentang spouse visa ni. Ada adik kawan tu siap guna service QADKAM untuk apply spouse visa. Pada aku, kalau dah menggunakan khidmat2 ni surely dorang minta RM yang tinggi walhal benda- benda macam ni korang sendiri boleh uruskan tanpa sebarang caj tersembunyi, then only paid for visa je kat Imigresen. Alhamdulillah pengalaman aku dengan Imigresen Jalan Duta sangat smooth dan dorang pun bagi layanan yang baik walaupun bab nak mengangkat telefon tu agak kureng (aku penah try call untuk beberapa dokumen yang aku kurang pasti tapi sampai ke sudah, tak berangkat).
Nasihat aku buat korang yang nak berurusan dengan Imigresen, korang tanya je apa- apa soalan yang korang tak faham- free of charge kot! Pegawai- pegawai imigresen tu pun semuanya baik- baik, takde plak sejarah dorang makan orang sebab pertanyaan hihihi Tapi aku pun sebenarnya seorang yang agak penakut, alhamdulillah okey- okey je aku sepanjang berurusan dengan dorang. Then, dokumen tu follow je check list dorang bagi - kat check list tu kita boleh susun dokumen ikut keutamaan dan senang tahu which document yang kita tak settle. Korang susun elok- elok dokumen tu, biar senang Pegawai tu check dan senang jugaklah dorang nak approved your application. Pakaian tu kalau boleh biarlah formal seperti mana dorang highlight kat depan pintu masuk. MLH mula- mula dulu dia nak je pakai slipper tapi aku tegah awal- awal sebab ini adalah etika pejabat kerajaan walaupun aku tengok ramai gak yang pakai macam nak ke pasar. To those yang nak apply for spouse visa, wish you luck guys! Don't be afraid ok =)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi sis nk tanya, time kahwin tu husband sis masih pegang student visa ke? Macam mana boleh dapat pas permit kebenaran berkahwin ye dengan student visa? Sbb saya ada masalah me n my future husband xboleh kahwin kat Malaysia just bcs he's holding a student visa then bila nk apply for the spouse visa kena tunggu sampai 6 bulan la pulak..
ReplyDeletehi sis kwn adik yg amik servis qadkam tu dah dpt visa ke?qadkam tu bukn scam ke fraud ke atau bole diprcayai?
ReplyDeletebpe lama kena tggu spouse visa dr immmigration proses