PAP SMEAR: PART 1


Cakap tentang kanser, siapa yang tak takut kan? Terutamanya kita yang wanita- wanita dikasihi ni, banyak benda yang perlu kita jaga. Malam ni, aku nak berkongsi kisah aku buat ujian pap smear di klinik kesihatan kerajaan. Korang ingat aku sesukat hati nak serah diri ke? Oh no! Ini semua disebabkan masalah keputihan dan period aku yang tak teratur. MLH yang tahu aku ada masalah ni terus desak aku untuk refer kepada pihak yang pakar. Aku pun pergilah klinik kerajaan dengan ditemani oleh MLH.

Time register kat kaunter, aku requested doktor perempuan. So, dah tiba masa aku jumpa doktor dan aku pun cerita apa masalah yang aku alami. Mula- mula doktor scanning perut aku dulu. Doktor cakap dinding rahim nampak tebal. Aku pun dah mula cuak. Tapi doktor tu terus cakap rahim aku sihat dan takde apa- apa ketumbuhan. Dinding rahim tebal disebabkan sama ada nak period atau pun di awal kehamilan. Doktor arahkan aku ke makmal untuk ujian kehamilan.

Aku punyalah gembira. Sedangkan baru nak buat ujian kot. Aku pun bagilah sampel air kencing kat makmal. Lepas tu, aku ke bilik pemeriksaan untuk prosedur pap smear. Aigoo time nak tunggu doktor datang, aku dah mula teringat cerita kawan- kawan tentang betapa dahsyatnya ujian pap smear ni. Aku dah gelisah kat atas katil. Tak lama camtu doktor pun datang. Aku dah cuak tengok alat- alat yang doktor nak guna untuk ujian pap smear. 

Doktor pesan tarik nafas dan bertenang- mungkin akan rasa sedikit sakit. Aku apa lagi selawatlah panjang- panjang. Mula- mula doktor buat ujian tu, memang akan rasa agak kurang selesa tapi takdelah sakit sampai nak nangis- nangis. Ujian tu pun tak lama. Selepas ambil sampel, doktor arahkan aku masuk ke bilik dia semula.

Doktor bagitahu keputihan aku agak banyak. Sampel akan dihantar ke makmal. Sekiranya keputusan tak elok, aku akan diberikan ubat yang sesuai untuk pulihkan masalah keputihan. Tentang rahim, doktor cakap rahim aku nampak sedikit luka. Sebelum balik, aku sempat singgah kat farmasi untuk ambil ubat insert untuk matikan kuman. Lagi satu, ujian kehamilan aku is negative - sedih!

Dalam sebulan lebih jugalah aku tunggu keputusan ujian yang aku buat tu. Selepas aku sendiri call makmal untuk bertanya tentang report, barulah aku ke klinik untuk bertemu dengan doktor. Kali ni, aku bertemu dengan doktor lain dan bukannya doktor yang merawat aku dahulu. Doktor hanya cakap ujian aku mengesahkan aku bebas jangkitan. Aku tak puas hati sebab keputihan tu still ada walaupun tak gatal. Selain itu, period aku still tak teratur. Doktor tu boleh je cakap kemungkinan hormon aku tak stabil. Doktor tu hanya pesan kalau still ada keputihan lagi, aku kena datang semula untuk check up. 

MLH agak bengang dengan kesudahan rawatan yang aku dapat. Doktor langsung tak membantu aku untuk terus pulih tetapi hanya menggunakan andaian tanpa melihat lebih jauh apa sebenarnya masalah yang dihidapi oleh pesakit yang bertemu dengan mereka. Walaupun tidak semua klinik kerajaan seperti itu, MLH terus suggest untuk refer private. 

To be continue...

Comments

  1. Assalamualaikum...maaf nk tanya. Masa sis g cek tu keputihan warna apa? Banyak x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts