KISAH SATU MALAM
Semalam kan aku dah bagitahu korang keseraman aku balik rumah. Ingat tak guys??? Tak ingat ye, korang jenguk entry CORET- CORET DI PETANG YANG BOSAN. Semalam, aku balik dari office dengan super kekenyangan. Siap tidur dalam bas, mujurlah aku sedar. Tu pun dah dekat sangat dengan jarak rumah. Terkocoh- kocoh aku mesej MLH. Jarak rumah aku dengan bus stop yang selalu bas tinggalkan aku, kalau jalan kaki dalam 10 minit camtulah. Tapi MLH tak pernah bagi aku jalan kaki balik ke rumah. MLH akan tunggu dan jemput aku dengan kereta. Korang mesti rasa aku berlagak kan ahahahhaa Ni juga adalah sebab- sebab kenapa aku semakin comel.
Time aku masuk je kereta, MLH dah tanya soalan- soalan wajib yang dia tanya seperti hari- hari yang sudah. Aku yang bergeliga ni terpaksalah perah otak menjawab soalan- soalan yang kalau salah jawab, takut dia kecik hati. Korang nak tahu tak apa soalan tu?
"Are you hungry?"
Apa..korang cakap soalan senang? Senang bagi korang tapi cukup susah untuk aku yang dah kekenyangan makan macam- macam kat office tadi.
"A bit" jawapan penipuan aku walaupun aku super kenyang.
Sampai je rumah, aku terus tukar- tukar baju. Teman MLH lepak ruang tamu. Solat asar kan awal sekarang, so aku solat siap- siap kat office sebelum balik. MLH tunjuk kat aku tentatif dan peraturan hari konvokesyen MLH yang akan berlangsung Oktober ni. Dalam sibuk- sibuk translate perkataan- perkataan BM ke English, sempat juga aku membaham potato chips dan aiskrim durian. MLH dah bising kenapa aku makan benda- benda tu, kejap lagi kan makan malam. Aku cakap kat MLH aku tak nak makan nasi.
Time maghrib tu, aku dah siap- siap nak solat. Aku duduk dalam bilik. MLH ada kat ruang tamu lagi tapi dia dah siap- siap nak ambil wudhuk. Tak lama macam tu, aku dengar MLH nyanyi- nyanyi dalam bilik mandi. Korang agak- agak dia nyanyi apa? Ni lagu MLH yang buat aku tak sampai hati.
"I'm hungry..I'm hungry..I'm hungry" berulang- ulang perkataan tu aku dengar. Aku pun buka pintu bilik, tengok MLH dah berdiri depan bilik mandi.
"I will cooking fried rice shortly"
"Really? Wow, its delicious!" MLH bukan main happy lagi tengok aku. Macam budak- budak yang baru dapat toys.
"I got new recipe from youtube"
Selepas solat maghrib, aku pun menyibukkan diri memasak nasi goreng cili kering yang aku jumpa dalam youtube ke facebook apa..ntah aku dah lupa. Terbersin- bersin MLH time aku masak. Boleh tahan gak cili kering ni dah macam cili api hijau gamaknya. Akhirnya guys, aku pun bersama- sama dengan MLH makan nasi goreng cili kering tu berlaukkan ayam steam yang besar saiznya. Okey sekian laporan dari wifey yang semakin hari semakin sihat.
Comments
Post a Comment