KALI KEDUA DI KLINIK PAKAR WANITA ANNUR

Pada 21 September, aku kembali ke Klinik Pakar Annur untuk keputusan pap smear yang aku buat di sana. Berjam- jam juga aku menunggu giliran untuk bertemu dengan Dr. Khamsiah kerana pada hari itu, ramai pulak yang datang untuk membuat rawatan dengan Dr. Khamsiah. Alhamdulillah keputusan pada hari tu tetap negatif sama seperti ujian yang aku lakukan di klinik kerajaan. Korang mesti fikir 'alaa bazir duit je ratus- ratus kat private tapi keputusan sama je ngan kerajaan yang free'. Kalau kita nilai dari segi wang ringgit, memang nampaklah private ni seperti menjual kepakaran tapi jika dilihat dari perkhidmatan yang kita terima dan cara layanan pakar yang tanpa henti membantu kita untuk mencari jalan terhadap masalah kesihatan yang kita hadapai, korang akan rasa pengorbanan wang ringgit itu lebih berbaloi.

Kesimpulan dari ujian minggu lepas, Dr. Khamsiah terangkan yang aku tiada masalah seperti tiada berlaku masalah gangguan hormon, servik juga sihat, kitaran haid yang normal dan bebas dari sebarang kuman mahupun jangkitan. Dr. mengesahkan bahawa aku sihat dan sudah bersedia untuk mengandung. Sebelum ini, masalah keputihan aku ni dah bertahun- tahun lamanya dan macam- macam jamu atau pun makanan kesihatan aku ambil untuk pulih. Klinik kerajaan pun dah dua kali berikan aku ubat insert tapi tak menunjukkan keberkesanan. Dr. Khamsiah pula hanya berikan aku ubat antibotik yang perlu aku makan selama 5 hari, masalah yang aku hadapi bertahun- tahun itu hilang. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana Allah memakbulkan doaku untuk sembuh dan menitipkan Dr. Khamsiah sebagai perantara untuk aku sembuh. 

Dr. Khamsiah Muda, pakar O&G

Selesai sahaja bayar bil - kali ni aku bayar RM90.30, aku dan MLH terus meuju ke Yemen Gate, Serdang kerana perut dah mula menyanyi- nyanyi. MLH tanya aku nak makan atau take away. Tak pernah pulak MLH tanya aku siap bagi option macam ni sebabnya area Serdang ni tumpuan orang- orang Arab, so agak susahlah untuk aku keluar dari dalam kereta. Aku pun bagi cadangan berupa jawapan :

"I saw this restaurant had a special place for family dinning. So its safe to eat there" MLH pun setuju.

Kitorang masuk ke dalam ruang family yang agak tertutup dan hanya seorang waitress Indonesia yang duduk menanti di dalam ruangan itu. MLH order zorbian rice dan soft drink untuknya dan sky juice untuk aku yang konon- konon nak jaga kesihatan ahahhaa dan- dan aje aku sihat ye hihi. Sorrylah disebabkan lapar sangat dan makanan pun superb sedap, aku lupa nak take a picture. Makanan yang aku makan ni dihidang dalam talam silver dan kuantiti makanan tu bagi aku 3 orang boleh makan tapi memandangkan dari pagi berlapar, hampir 90% nasi tu kami habiskan. Harga pun tak semahal kedai- kedai arab lain. MLH bayar RM23 sahaja untuk makanan yang banyak dan lazat tu. Favourite menu aku kat Yemen Gate ni, tak lain tak bukan ayam panggang (aku dah lupa nama arab menu tu) dan sup kambing- memang sedap! 

Okey guys, aku macam takde idea sangat nak bercerita malam ni. Dah isyak, jom!



Comments

Popular Posts