DR. KHAMSIAH MUDA, PAKAR O&G - PART 2
Malam ni aku rajin sket nak post banyak- banyak entry. Okey, sekarang aku nak cerita kisah aku kat private plak. Selepas google dan tanya kawan- kawan yang pernah gunakan khidmat private, aku pun memilih Doktor Khamsiah Muda kat klinik pakar wanita Annur. Selepas buat appointment, aku pun datang ke klinik pakar wanita Annur pada 14 September. Mula- mula kenalah register dan isi form pendaftaran, selepas tu tunggu untuk nursing procedure.
Nursing procedure ni nurse check blood pressure, height and weight. Nak dijadikan cerita, blood pressure aku time tu 113 - sehinggakan nurse buat dua kali untuk pastikan bp aku tu betul tapi tetap sama. Nurse tanya aku ada masalah blood pressure ke. Aku jawab sebelum ni selalu jugak ke klinik tapi bp cantik je - aku andaikan mungkin aku nervous nak jumpa doktor. Nurse bagi aku rehat kejap sebelum ambil bacaan bp aku semula. Kali kedua pun sama - bp aku 110.
Sekitar pukul 10 pagi giliran aku pun sampai. Aku masuk ke bilik Doktor Khamsiah di bilik nombor 5 bersama MLH. Aku duduk sebelah doktor, MLH plak duduk kat belakang sambil main handphone. Mula- mula, doktor hulurkan salam kat aku sambil perkenalkan diri. Bukan main erat lagi tangan doktor genggam tangan aku yang time tu tengah nervous - kelemahan yang aku tak boleh ubati.
Selepas menghuraikan masalah yang menyebabkan aku bertemu doktor pakar O&G itu, doktor mencadangkan sama ada aku ambil keputusan pap smear dari klinik kerajaan atau buat sekali lagi. Aku dah malas nak ke sana sini terus ambil keputusan buat pap smear sekali lagi. Doktor arahkan aku baring kat katil belakang tempat duduk doktor. Memandangkan ini adalah first visit aku, doktor membuat kesemua check up kat aku iaitu mata, thyroid, breast dan rahim. Last sekali, doktor buat pap smear kat aku.
Doktor arahkan aku tick kotak- kotak untuk tahu period circle dan bp sehingga tarikh next appointment. Result aku akan keluar pada next appointment dan selepas itu, doktor akan bantu aku untuk memulihkan masalah yang aku alami. Lega jugalah aku dengar penjelasan doktor time tu. Setelah selesai, aku pun keluar untuk ke kaunter bayaran. Untuk first visit, aku dikenakan bayaran RM334.80 - fuhhh berpeluh aku nak bayar. Aku terus guna kad MLH sebab cash money aku tak berapa nak mencukupi.
bil yang aku bayar
Walaupun duit melayang, aku tetap rasa berpuas hati dengan layanan doktor pakar O&G di klinik pakar wanita Annur. Aku harap moga Allah berikan kesembuhan buat aku melalui Doktor Khamsiah dan memberikan rezeki zuriat buat penyeri rumahtangga aku dan MLH..aameen ya robb. Buat para isteri yang sedang bergelut untuk mendapatkan zuriat, aku doakan moga Allah kurniakan kalian zuriat soleh dan solehah =)
Comments
Post a Comment