CORET- CORET DI PETANG YANG BOSAN
Hello, guys! I'm back hihi Memandangkan petang ni aku dah mula mengantuk, ada baiknya aku sibukkan diri dengan blogging. Yelah, dah lama tak update entry kan. Korang taw tak pagi tadi aku dah breakfast makan nasi kak wok, then lunch tadi aku belasah nasi putih sket, tempe dan sambal terung. Balik nanti aku lagi seram. Seram MLH ajak makan makanan berat - MLH kalau weekdays dia jarang ambil makanan berat melainkan malam sebabnya dia macam takde selera makan kalau wifey dia yang comel ni takde ahahahahhaaa Sorry, korang jangan kecam tau. Haa, korang nampak tak masalah aku sekarang? Masalah aku yang suka makan makanan berat- berat dan takde masa nak exercise. Aku selalu juga utarakan idea bersenam kat MLH tapi dia malas nak teman aku pagi- pagi selepas subuh jogging ke jalan- jalan area rumah kami tu. Dia lagi prefer exercise petang- petang. Masalahnya aku kurang semangat petang- petang ni. Bagi aku pagi tu yang fresh, matahari baru nak acah- acah keluar dan udara sejuk. Korang faham tak isi hati aku?
Korang ada ke masalah macam aku ni? Ke aku je yang macam ni? hihi Ni pun ngah menaip, sambil tu aku ngap roti cheese Gardenia yang panjang tu. Pastu bila tengok berat, buat- buat tak percaya. Cakap mesin penimbang tu salahlah. Macam- macam kan? hihi Tapi walaupun camtu, aku tetap tak boleh hilangkan perasaan sayang kat makanan. Then, aku ni suka test resepi- resepi baru. Maklumlah dah jadi wifey ni, takkan aku nak pentingkan tekak aku je kan. For sure keutamaan aku MLH. Baru ni kan kita dapat cuti 3 hari included weekend. Jumaat tu aku masak nasi beriani, ayam goreng sos pedas ala- ala korean style dan sayur campur tumis. Hari Sabtu pulak aku masak nasi putih, udang goreng tempura dan sup ayam. Hari Ahad, aku masak jejari kentang pastu aku balut dengan salad dan dip-dip ngan cili potong. MLH suka gile ngan dip-dip cili potong sebabnya tak pedas sangat dan rasa sos tu sedap dengan adanya bawang putih hancur. Korang nilailah menu- menu aku kalau kat rumah. Berat kan? hihi
ayam goreng korea my favorite
Sabtu baru ni, MLH agaknya dah bosan duduk rumah. Aku pun ajak dia cari pantai buatan kat Putrajaya. Sampai- sampai je kawasan tu, MLH dah lapar balik. Dia requested mcD tapi aku cakap takde mcD delivery area Putrajaya ni. Aku pun cakap balik nanti kita singgahlah mcD kat Presint 3 tu. Time tu aku dah mula terbayang- bayang burger spicy chicken mcdelux. Jalan- jalan pusing kawasan tu, MLH nampak kedai jual aiskrim. kami beli aiskrim Kitkat cone sorang satu. Habis je makan aiskrim tu aku tanya MLH tentang idea makan kat mcD. Korang tau tak dia jawab apa?
"sorry I already full. No mcD after this" Aku punya kecewa petang tu. Tapi MLH gelak- gelak je tengok reaksi wifey dia yang dah masam mencuka.
"you always said you're fatty, need more exercise. But when I say mcD even that time we just finish eat, you are so fast to agree to have it" Aku menonong je jalan tinggalkan MLH kat belakang. Tanda proteslah konon tapi MLH buat tak layan. Aku lagi sakit hati.
Petang tu dalam kereta sebelum bergerak balik, MLH tanya aku nak makan apa- apa tak. Tapi aku ni jenis cepat terasa, aku bagi jawapan tak nak je. Marah dan merajuklah konon. MLH gelak je. Siap cakap, ok juga aku tak nak beli makanan sebabnya kat rumah ada lagi sup ayam. Aku lagi berapi. MLH dah lah tak memujuk, bahkan dia sakitkan hati aku yang dah memang merajuk ahahahaha
Malam tu aku makan mee hun campur sup ayam. MLH dari iye- iye nak makan ringan, dia ajak aku beli roti semata- mata dia nak cicah dengan sup ayam selepas dia rasa sup tu menepati citarasa middle east dia tu ahahahaha
Guys, since aku dah kahwin ni, banyak jugalah improvement aku dalam bidang masakan ni. Aisey, aku tak nak puji diri okey hihi Mula- mula nak pindah masuk rumah MLH, dia requested ayam masak merah. Korang faham tak perasaan masak kat dapur baru dan untuk someone you're really love, aku rasa agak kekok dalam dapur kecik yang dah penuh dengan kelengkapan memasak. Aku menggigil okey. Kena plak MLH kejap-kejap jenguk aku kat dapur. Wallawei aku rasa macam masuk pertandingan Master chef okey. Time tu alhamdulillah berjaya juga aku masak ayam masak merah favorite MLH. Tapi kadang- kadang aku gagal gak sebab ayam yang MLH bagi aku masak jenis yang baka besar- besar. Aku tak tahulah ayam apa yang besar sangat ni. Aku biasa masak ayam- ayam kat hypermarket yang dah potong- potong tu.
"I'm not angry if your cook is not nice. But i want you take it as challenge to improve your skill. Some women out there also not good in cookery but they are always try to cook until success at last"
Ni kata- kata perangsang MLH selalu bagi kat aku bila masakan aku tak capai piawaian MLH. Lega jugalah hati dengar. Disebabkan semangat yang MLH selalu bagi, aku memang selalu cari resepi- resepi baru untuk aku try and error. Guys, I'm not type of women just keep all the recipe but I'm someone like to know a new recipe then I change to something new and the taste is really the domb ahahahaa okey, aku tak puji diri tapi korang tahu tak apa MLH cakap aku lately ni:
"You're improve now and start to be good a day by day"
Happy kan bila masakan yang kita masak mendapat pujian dari orang yang kita sayang. Bukanlah niat aku nak masak kerana pujian. Bukan tu sebabnya. Aku masak sebab aku memang suka masak dan pujian dari MLH tu ibarat reward untuk aku. Yelah, aku nak apa je aku masak mencapai tahap piawaian MLH dan dia boleh bangga ada wifey yang boleh dia harapkan untuk memasak. Sebelum ni, dia asyik puji masakan MIL je. Okey, terhiris gak hati ahahahahhaa For me, that's not fair to compare an apple to watermelon ahahahaha Last, aku still nak wish all the best to all of you guys. May Allah ease everything for you =)
Comments
Post a Comment