ALHADID BEKAM CENTRE - HIGHLY RECOMMENDED!
Entry sebelum ni aku cerita tentang pengalaman kat klinik pakar wanita Annur, kan? Hasil perjumpaan dengan pakar, aku kena detected ada high blood pressure. Aigoo, how come aku dapat HBP ni? But lately, aku selalu rasa pening- pening dan ada sekali aku rasa degupan jantung aku kuat sangat, selain itu bahu dan tengkuk pun rasa letih. Hmm, MLH pun dah mula risau dan tanya aku macam mana aku boleh dapat HBP ni. After met the doctor, aku rasa bahu makin tegang dan nak makan pun takde selera. Lagilah MLH risau.
Jumaat baru- baru ni, tetiba MLH suggest kat aku buat bekam. What, bekam?? Aku terus terbayang- bayang darah. Aku dah mula rasa gelisah. Dulu aku ada buat bekam tapi bekam angin kat spa cina selepas lady massage tu tengok belikat aku keras. Guys, seminggu kot aku demam pastu aku siap call auntie cina yang pujuk aku buat bekam angin tu- aku tanya why my condition getting worse? Okey tu kisah berapa tahun yang lepas.
Walaupun aku takut dengan suggestion MLH tentang bekam, aku tetap google kebaikan bekam ni dan cari mana- mana tempat bekam yang boleh aku try. Dah dapat sedikit info tentang kebaikan kebam ni, aku pun adalah keyakinan sedikit untuk mencuba bekam dengan harapan BP aku kembali normal. Kebanyakan tempat yang aku cari sekitar Ampang menawarkan harga RM100 ( hanya bekam darah sahaja). Bagi aku yang tak berapa nak ada- ada ni, that's a bit pricey. Ntah macam mana aku terpandang website Alhadid Bekam Centre - aku dah mula tertarik dengan service yang dorang tawarkan tapi aku sedikit ragu- ragu kerana takde pun sebarang harga yang diberikan. Aku pun beritahu kat MLH tentang pusat bekam tu. MLH pun google dan menjumpai FB Alhadid ni - kat sana dorang uar- uarkan harga- harga perkhidmatan yang diberikan. Harga pakej yang diberikan bagi aku berbaloi dan mampu milik.
Memandangkan Alhadid ni tak menerima walk in customer, aku pun hantar whatsapp untuk booking slot pada hari sabtu pagi iaitu 16 September. Alhamdulillah Alhadid replied mesej aku dan slot aku adalah pada pukul 10.30 pagi. Guys, antara waktu baik untuk berbekam ialah pada waktu dhuha - thats why aku pilih pagi. Then, korang jangan makan benda- benda mengenyangkan untuk memudahkan darah kotor tu dikeluarkan dari badan.
Aku dan MLH seawal 10.20 pagi dah sampai kat Alhadid. Aku nampak ada 2 orang wanita muda kat kaunter. Selepas aku beritahu tentang appointment pukul 10.30 pagi, dorang pun berikan aku borang pendaftaran kerana ini adalah first visit - dah macam klinik kan hihi. Borang tu aku isi dan aku tak isi ruang yang nak aku pilih antara jarum dan pisau bedah untuk bekam, aigoo aku seram! Selepas isi borang, tak lama macam tu staf alhadid panggil aku masuk ke dalam bilik rawatan. Aku diberikan sehelai baju paras lutut dan sehelai short pants.
Setelah selesai tukar pakaian, aku diarahkan meniarap di atas katil spa. Aku dah start panic. Aku tanya staf yang kelihatan muda tu, bekam ni sakit tak? Yelah, aku melibatkan darah ni mesti terbayang benda- benda tajam yang sakit. Staf tu cakap tak sakit pun. Aku try la nak relaks walaupun sebenarnya nervous. Lagi satu, staf tu tanya aku nak bekam belakang sahaja atau sampai ke kaki. Aku dalam takut- takut tu pilih bekam sampai kaki - walaupun tak selalu, aku rasa tumit aku sakit.
Mula- mula, aku diurut pada titik spot dari bahagian atas badan sampai ke kaki. Aku yang memang gemarkan urut- mengurut ni memang rasa puas hati walaupun rasa sakit kat badan - dah lama tak ke spa. Staf tu cakap tulang belikat aku keras. Selepas urut, bermulalah episod bekam angin. Time ni aku dah mula selawat tanpa henti - dah mula rasa takut. Time bekam angin ni, dorang buat infrared therapy kat bahagian belakang badan. Selepas bekam angin tu, dorang dah start untuk bekam darah. Lagi sekali ketakutan aku datang. Aku dapat rasa sorang staf tu macam cucuk- cucuk badan aku yang dah kena bekam angin pastu letak cup untuk proses bekam darah. Aku selawat non stop- dah macam orang nak mati ahahhahah. Time bekam darah ni pun dorang buat infrared therapy juga. Tak lama macam tu, dorang pun buka satu- satu cup kat badan. Seorang staf tu tunjuk darah ketul yang keluar dari tengkuk. Aku dah gigil, cakap kat staf tu aku tak nak tengok.
Setelah habis sesi bekam, aku rasa seperti baru habis diurut dan aku rasa fresh. Seorang staf tu advice aku jaga pemakanan dan jangan stress sebab angin kat badan aku banyak dan darah kotor pun banyak. Staf tu pesan sekiranya selepas ni aku still rasa tegang kat tengkuk dan tulang belikat, datanglah semula untuk rawatan HBP. Sekali lagi aku diberi pesanan khidmat masyarakat untuk menjaga kesihatan kerana usia aku masih muda hihihi
Okey guys, untuk pakej yang aku buat ni aku bayar RM80 dalam masa 45 minit. Berbanding tempat- tempat lain yang memberikan harga agak tinggi hanya untuk bekam semata- mata, aku lagi suka Alhadid Bekam Centre. Aku recommended tempat ni, selain bercirikan Islamik dan perkhidmatan yang superb. MLH pun happy tengok his wife dah kembali bertenaga dan ceria. FYI, bekam ni baik untuk apa- apa penyakit yang kita hidapi. Just tell them what's your problem, dorang akan berikan rawatan yang bersesuaian. Moga kalian diberi kesihatan dan nikmat iman aameen ya robb.
Comments
Post a Comment