TANJUNG HOMESTAY, PERAK - NICE & COMFY!

Hari ni aku rajin nak menulis banyak- banyak entry - MLH luar kawasan dalam minggu ni😕😕😕 Kali ni aku nak share pengalaman aku kat sebuah homestay di Perak. Pada 14 Julai yang lalu, aku dan MLH buat short vacay kat Tambun, Perak. Memandangkan aku asyik tak berkesempatan try Sunway Lagoon yang orang super duper ramai plus harga yang ada- ada, kami pun try Lost World dan saja nak jauh dari kesibukan kota gitewwww. Mula- mula aku cadang pergi balik hari je tapi MLH ni susah sikit nak start driving pagi- pagi buta. MLH cadang start drive dari KL dalam pukul 11 pagi. Aku dah rasa tak seronok sebab aku nak lama- lama dalam Lost World tu. Tiket sehari kot, rugilah kalau setakat nak beberapa jam hihi. Lastly, MLH cadang bermalam kat Tambun semalam dan esok bolehlah seharian kat Lost World.

Hotel pertama yang MLH booking time tu ialah Hotel Sun Inn - jarak yang dekat dengan Lost World. Tapi aku tak setuju sebab keadaan hotel yang semacam rumah tumpangan dengan harga RM90 per night - bagi aku tak berbaloi. MLH pun cari hotel lain dan akhirnya MLH jumpa Tanjung Homestay kat Booking.com. Harga RM90 per night dan keadaan bilik yang bersih dan kelihatan baru namun agak jauh sedikit dari Lost World.

MLH ni kalau jalan- jalan jauh, dia suka drive santai- santai dan singgah mana- mana RNR banyak kali semata- mata for coffee dan solat. Dalam pukul 9 malam kami sampai di Tambun dan berpandukan GPS kami mencari lokasi Tanjung Homestay. Apabila GPS mengatakan bahawa kami telah sampai di destinasi, aku dan MLH tak nampak pun mana- mana rumah yang boleh dianggap sebagai homestay. MLH stop kereta sebelah kedai runcit. Aku keluar dan sebelah kanan aku adalah deretan rumah orang- orang cina. MLH suruh aku pergi kedai runcit tu tanya tentang homestay ni - masalah MLH ni tak pandai speaking in malay, so dia gunakan wife dia ni sepenuhnya.  Aku senyum kat seorang uncle cina yang berdiri depan kedai tu.

"Uncle, Tanjung Homestay ni kat mana?" kebetulan depan kedai tu ada banner tentang Tanjung Homestay.

"You mau sewa bilikkah? Sudah booking?" uncle tu tanya aku dengan ramah dan baik.

"Ya, suami I dah booking"

"You mau tengok- tengok bilik dulu pun boleh" Uncle tu terus masuk dalam kedai dan ambil kunci. 

Aku tengok uncle tu buka pintu sebelah kedai runcit tu - kedai runcit ni dalam shop lot, banyaklah kedai sebarisan dengan kedai runcit tu. Aku dan MLH ikut uncle tu naik ke tingkat atas. Sampai je kitorang kat tingkat atas tu, aku cukup kagum. Terdapat ruang tamu yang besar di tengah- tengah bilik- bilik homestay. Uncle tu buka satu bilik yang ada katil queen.

"You mau bilik ni atau bilik yang ada dua katil?" aku macam nak gelak bila uncle tu tanya macam tu. Takkanlah aku nak tidur asing dengan MLH.

"I pilih bilik ni"

"Selimut cukup tak satu? kalau mau, I boleh bagi lain"

"Takpe, ni dah okey"

"Ada customer dia mau selimut lebih. Kalau you mau, boleh aje"

bilik yang ada di Tanjung Homestay

Uncle tunjukkan kami kawasan dapur yang menempatkan cerek elektrik - kalau nak minum kopi bolehlah gunakan ruang dapur yang kecik tu tapi selesa. Selepas selesai tunjukkan ruang homestay, kami pun turun ke kedai runcit semula untuk proses bayaran. Anak lelaki uncle ni uruskan pembayaran bilik - deposit RM50 dikenakan ketika bayaran masuk.

"You nak check out bila?" anak uncle tu tanya aku. Time tu MLH dah alihkan kereta dan parking betul- betul bawah tingkap bilik homestay kami.

"Pukul berapa last check out?"

"Pukul 12 macam tulah tapi kalau you mau check out awal kena bagitahulah awal- awal. Kedai ni start buka pukul 10 pagi. Sebelum ni, ada customer check out awal, dia bawa sekali kunci bilik balik KL"

"Okey, pukul 12 macam tu lah I check out"

Sebelum naik ke bilik untuk berehat, uncle siap berikan aku kad nama yang ada nombor phone - so anything can give him a call or message. Dalam homestay ni pun ada wifi. MLH puas hati dengan bilik yang kami dapat - keluasan yang luas dan sesuai untuk family, bersih dan MLH boleh tengok kereta dari tingkap bilik.

Pukul 10 pagi kami dah ready nak check out. Anak lelaki uncle tu terkejut tengok aku dah datang serahkan kunci dan MLH dah masukkan beg ke dalam kereta.

"Awalnya you check out. Takpe kalau you nak rehat sampai petang pun boleh, takde masalah..I tak charge pun. Kesian you datang jauh dari KL" aigoo baiknya anak uncle ni. Aku tak pernah dapat mana- mana hotel ke homestay boleh check out lambat- lambat free of charge. 

"Takpe, I memang nak check out awal, nak pergi Lost World. Kalau malam ni I tak jadi balik KL, I boleh ke walk in"

"Boleh tapi you jangan datang lambat. Kedai ni tutup pukul 10 malam"

Guys, aku suka sangat Tanjung Homestay ni. Owner dahlah baik, peramah dan keadaan homestay juga bersih dan luas. Harga pun jauh lebih murah dari hotel- hotel yang mempunyai ruang bilik yang luas. Kepada sesiapa nak jalan- jalan Tambun, bolehlah cari Tanjung Homestay kat booking.com. Sekali lagi aku bagi highly recommended!  

Comments

Popular Posts