PRIMA RANTAU - MY 1ST HOME SWEET HOME

Sebelum ni aku dah cerita bagaimana tercetusnya idea nak membeli rumah kat entri KLUSTER SEMI-D, SETIAWAN PERAK. Sekarang aku nak share bagaimana Allah berikan kami 'our first lovely home'. Selepas kejadian drama sedih dengan Setiawan, MLH terus gigih meng'google' any projects yang boleh kami miliki. Sampailah MLH ni menemui 'PRIMA HOMES'. MLH tanya kalau- kalau aku tahu tentang projek- projek perumahan kelolaan PRIMA HOMES. Aku jawablah dulu aku pernah apply permohonan under PRIMA Putrajaya - permohonan aku dah diluluskan dan menanti masa untuk cabut undi projek. Tapi aku tak tahu pula PRIMA ni ada kat seluruh Malaysia. So, MLH suruh aku register dan keesokan harinya aku upload mana- mana dokumen yang PRIMA perlukan seperti salinan IC depan belakang, slip gaji terkini, surat pengesahan majikan, dan penyata bank terkini. Selepas dah settled urusan register, MLH teliti satu per satu projek perumahan yang sedang dijalankan oleh PRIMA HOMES.

Projek pertama menjadi pilihan kami pada waktu itu ialah PRIMA Rantau kerana rumah tanah dan harga yang ditawarkan bermula RM166K. Lagipun kawasan tersebut dekat dengan Putrajaya dan KL. Pilihan yang lain MLH pilih PRIMA Layangkasa di Johor kerana MLH dah planning nak further study kat Johor. So sekiranya kami beli rumah kat Johor, amatlah memudahkan buat MLH dan aku boleh je transfer ke Johor. Selain projek tersebut, kami turut memilih projek di Melaka, dan Senawang. Projek PRIMA kat Kedah juga lawa- lawa dan menimbulkan rasa minat tapi jarak yang terlalu jauh membuatkan aku pendam jelah keinginan tu. 

PRIMA Rantau dan Layangkasa merupakan rumah yang dibuka jualan untuk unit terhad sahaja. MLH tiba- tiba menjadi risau dan melihat senarai undian yang terdahulu adalah melebihi kuantiti rumah yang dibina. Aku pun dah mula risau dan berfikir mungkin lama lagilah giliran kami nak dipilih lebih- lebih untuk projek limited unit ni. Tapi aku tak pernah putus asa- selalu berdoa kepadaNYA mohon diberikan rezeki buat keluarga kecil kami.

Pada 24 Ogos 2017, kami akan ke Imigresen Jalan Duta untuk menghantar permohonan spouse visa untuk MLH. Sebelum hari tersebut, MLH dapat info dari website PRIMA HOMES tentang open day di Melaka. So, kami decided untuk ke open day tersebut selepas urusan visa hanya sekadar nak tanya tentang projek di Johor dan Rantau. Open day tu dibuat di Mydin Melaka. MLH dah suruh aku sediakan apa- apa dokumen yang patut tapi disebabkan aku malas, aku simpan je dokumen tu dalam kereta.

Time tu booth PRIMA kecik je. Orang pun tak ramai- agaknya hari pertama. Aku tengok ramai juga kakitangan PRIMA kat booth hari tu. Staf PRIMA sambut kedatangan kami dengan hati terbuka dan ramah- tamah. Apabila kami bertanya tentang rumah di Rantau dan Johor, mereka mengiyakan masih ada rumah yang dibuka untuk jualan. MLH terus bertanya tentang rumah di Johor. Pada waktu itu, kekosongan di Johor adalah sebanyak 12 buah rumah dan harga jualan adalah RM250K untuk 1800sqf rumah double storey. Memandangkan kemampuan kami agak kurang, aku terus bertanya tentang Rantau. Mula- mula mereka mengatakan Rantau dah sold out tapi mereka check semula dan mendapati ada 5 buah rumah yang masih kosong dan dijual pada harga RM173K untuk 1300sqf rumah single and half storey.

PRIMA Layangkasa Johor

MLH kelihatan agak kecewa kerana dia dah aim rumah kat Johor tu. MLH bagi kat aku je keputusan untuk beli mana- mana projek yang aku rasa okey. Aku tengok MLH dah mula tak seceria sebelumnya tapi tetap temankan aku dengar explanation tentang PRIMA Rantau. Selepas berpuas hati, aku proceed untuk check kelayakan. Staf PRIMA hanya minta aku tunjuk slip gaji dari sistem yang aku login guna handphone - semua dokumen aku tinggalkan dalam kereta. Selepas kira- kira kelayakan, staf tu cakap aku layak dan tanya aku kalau aku nak proceed untuk pemilihan rumah. Aku pun tanpa fikir panjang terus ke proses pemilihan. Selepas pilih lot rumah, staf PRIMA tolong isikan beberapa maklumat ke dalam sistem PRIMA. Dorang minta ic aku untuk buat copy. Selepas itu, dorang bagi aku sign kat borang pembelian dan berikan aku satu copy surat tawaran. Staf ni suruh aku tunggu lawyer call dan kena bawa surat tawaran tu untuk bertemu lawyer. 

Selepas sesi sign- sign, aku tanya staf ni tentang lawyer fees dan deposit. Menurut staf PRIMA semua adalah free. Aku macam dalam mimpi. Yelah, tak keluar satu sen pun dan hanya datang pilih rumah pastu sign. Budak- budak PRIMA ni pun semua jenis ramah- tamah dan happy je tunjuk video- video rumah PRIMA yang dah siap. Sebelum aku dan MLH meninggalkan booth, staf tu siap bagi aku pen dua batang dan mug PRIMA. Katanya sebagai hadiah sebab beli rumah. Aku sekali lagi rasa happy dan tak percaya.

PRIMA Rantau

Okey guys, next entry aku akan cerita proses seterusnya untuk pembelian rumah PRIMA Rantau ni. Sebelum tu, aku doakan kepada sesiapa yang masih tercari- cari rumah pertama agar dipermudahkan, ameen ya rob!

Comments

Popular Posts